Go For Nuffnang

Monday, November 22, 2010

PadaMu KuBersujud





Ku Menatap Dalam Kelam
Tiada yang Bisa Kulihat
Selain Hanya NamaMu Ya ALLAH

Esok Ataukah Nanti
Ampuni Semua Salahku
Lindungi Aku Dari Segala Fitnah

Kau Tempatku Meminta
Kau Beriku Bahagia
Jadikan Aku Selamanya
HambaMu Yang Selalu Bertaqwa

Ampuni Aku Ya ALLAH
Yang Sering MelupakanMu
Saat Kau Limpahkan KurniaMu
Dalam Sunyi Kubersujud
PadaMu



Disaat kita mengecap bahagia, kekayaan, kegemilangan dan sebagainya kita jangan lupa semuanya itu hanya sementara. Sekejap saja semuanya boleh lenyap...


Situasi I

Teringat plak masa bujang dulu I pernah join volunteer group untuk Bencana Tsunami kt Kuala Muda Kedah. Ya Allah, tgk kereta abis terbalik dengan rumah yang ranap tinggal tapak je. Masa tu orang yang kaya hidup pun sama rata dengan yang miskin. Segalanya telah ditarik semula. Air hitam dan baunya busuk menyusuk hidung. Kesan dari air yang naik masa tu kita boleh nmpak sehingga tinggi hujung pokok kelapa. Salah seorang mangsa bencana beritahu air tu naik sebanyak tiga kali. mungkin sebagai amaran terlebih dulu, hanya Allah yang tahu.Kali ketiga adalah yang paling teruk dan dahsyat. Air tu naik umpama lembaga hitam yang menuju ke rumah mangsa. Alhamdulillah, walaupun pun panik mangsa masih mengingati Allah lalu dia terus melaungkan azan. Air seumpama ombak besar tu terus menyerong ke tepi tidak mengenai rumah mangsa cuma terkesan sedikit sahaja pada bahagian dapur. Insaf sangat bila tengok apa yang terjadi kat sana. Kita perlu beringat kalu kita pikir kita susah orang lain lagi susah dan bila kita berada di atas selalu-selalulah pandang ke bawah

Situasi II



I mempunyai kenalan yang dulunya pernah susah dan jatuh dari perniagaannya. Tapi beberapa tahun selepas tuh dia kembali naik semula dengan aset yang hampir mencecah jutaan ringgit. Tidak tahu apa punca kejatuhannya, cuma yang pasti dari dulu sikapnya suka marah dan maki orang sesuka hati tanpa menyiasat betul-betul. Tidak kira kawan baik atau sedara, mulutnya seperti tidak boleh dikawal. Walaupun dia pernah jatuh tapi kawan dan sedara masih mendampingi walaupun ikut hati dan teringat apa yang dia buat memang makan dalam sampai bila-bila. Bila lihat dia susah I dan yang lain tak sampai hati nak membiarkan dia begitu tanpa memberi pertolongan dan sokongan. Lagipun kitaorang harapkan agar dia berubah dan insaf. Beberapa tahun ini, dia mula berjaya semula tapi apa yang I dapat lihat perangai lamanya telah kembali. Pernah sekali I menegurnya " Sudahlah tu tak baik maki-maki atau marah staff u depan I. Lagipun budak tu bukan salah apapun, U tak takut ke disebabkan mulut U ni nanti boleh membinasakan diri tu balik" Dengan angkuh dia boleh menjawab" I tak heran dan takut dengan sesiapapun" . Tidak lama selepas tu dia berhentikan staff tersebut 24 jam ikut sesuka hatinya dan tahan gaji pekerjanya. Dia rasa dia boleh buat apa saja sebab dia ada duit. Bukan sorang dua pekerja yang lari tapi hampir semuanya cabut di atas sikapnya itu. Kekadang ikut suka hati dia nak bagi gaji atau tidak. Tapi Allah itu Maha Kuasa, sekarang perniagaannya semakin hari semakin perlahan hanya menunggu masa untuk bungkus. Sedara dan kawan-kawan pun semua dah tak layan atau ambil tahu lagi bila mengenangkan perangai yang masih tidak berubah dan suka aniayai orang. I pun pernah dianiaya disebabkan dia tapi I cuba bersabar dan berdoa semoga I dapat bangun kembali dari apa yang telah dilakukan. Alhamdulillah, sekarang I bahagia dan bersyukur dengan apa yang ada. So, kita amik teladan apa yang ada di dunia ni hanya sementara. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali jika kita tidak beringat dan suka aniaya orang lain

Situasi III


Dah 3 bulan berlalu, I masih teringat lagi masa di bilik bersalin. Masa tu keadaan agak kelam kabut bila jantung baby di dalam perut I semakin lemah dan perlahan. Doktor dan yang lain berusaha membuat berbagai cara untuk mengeluarkan baby. I memang tidak berdaya masa tu dengan keadaan sakit untuk bersalin dan jantung baby yang semakin perlahan. Cuma yang mampu hanya mengingati Allah dan mengucapnya di mulut. Dalam hati cuma mampu berkata mungkin Allah mahu meminjamkan untuk hambaNya ini untuk sementara. Hati memanglah sedih bila mengenangkan selama 9 bulan I mengandung. Masa tu tidak mampu menangis bila terdengar bunyi jantung yang terlalu lemah dan hampir tidak kedengaran. Allah itu Maha Mendengar...tidak lama selepas itu tiba-tiba bunyi jantung berdegup kencang dan normal seperti tidak berlaku apa-apa. Beberapa kali push terdengarlah "Ukweee Uweekkk Uweekk" bunyi bayi menangis, keluarlah Syafiq Maamar ke dunia. Alhamdulillah, setelah dibuat pemeriksaan dengan teliti oleh doktor pakar baby Syafiq sihat dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi. Aku bersyukur padaMu Ya Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...