

"Mama ni ape?"
"Meja"
"Mama ni ape?"
"Layang-layang"
"Mama ni ape?"
"Kambing"
"Mama ni ape?"
"Katak"
"Mama ni ape?"
"Lembu"
Ikutkan hati malas nak layan pertanyaan Marsya, tapi I layan jugak sebab itulah cara dia belajar sebenarnya. Walaupun umurnya masih kecil lagi tapi I dah start dengan buku-buku Pre school. Alhamdulillah, banyak yang dia bole buat. Cara I mengajar dia tak pernah paksa atau beri tekanan pada dia. Memang sejak dari baby lagi I dah perkenalkan dengan buku-buku yang ada warna-warni sambil tu bercakap dengan dia gambar tu gambar apa. Lagipun my hubby and I pun suka membaca. Bila dia tengok dia pun sibuk sekali nak membaca. Sekarang ni I kena peruntukkan part of my salary untuk buku dia. Kalu I tak belikan siap dia tanya lagi mana buku dia.
Penat jugak kekadang balik keje dia sepahkan buku-buku dan alat tulis. Tapi I ajar dia kalu nak nenen mesti kemaskan balik. Selagi tak kemas selagi tu tk boleh nenen. Sian jugak pada dia tapi disiplin tu kena praktikkan dari sekarang
Tips
1) Dedahkan anak dari awal lagi dengan memberikan Kamus Bergambar. Anak akan tertarik dan akan mempunyai minat untuk mengetahui gambar-gambar tersebut
2) Beli atau buat sendiri carta mengenai nombor atau ABC yang boleh ditampal di dinding. Ikut pada kreatif masing-masing la nak lukis gambar dan warnakan. Sentiasa tampal abjad atau nombor lain di dinding untuk mengelakkan anak bosan dan rasa seronok untuk mengetahui gambar atau abjad yang akan wujud di dinding.

3) Jangan paksa anak sekiranya dia tidak berminat. Biarkan dia belajar dengan caranya sendiri. Ini untuk mengelakkan dia dari tertekan dan jadi tidak minat belajar
4) Sentiasa beri galakan sekiranya anak menjawab dengan betul. Kita bole sediakan stiker corak yang boleh dibeli mengikut karakter yang anak sukai, contohnya Mickey, Thomas, Donald, Ultraman etc. dan kita lekatkan stiker tersebut di carta anugerah. Anak anda akan berasa seronok dan dihargai
5) Ajar anak mengenai Sains dengan cara dan kaedah yang murah. Contohnya ajak anak menanam pokok bawang dan bagitau bagaimana bawang tumbuh dan apa yang ia perlukan untuk hidup
6) Berikan anak sekeping kertas atau apa-apa saja untuk dia berkreatif. Anak tersebut akan meluahkan apa difikirannya melalui apa yang dia conteng di kertas

7) Kita kena menjadi "role model" kepada anak dengan selalu membaca apa-apa saja bahan bacaan dengannya
8) Dedahkan anak kepada tontonan berbentuk pelajaran seperti Bunnytown, Upin Ipin, Postman Pat etc. Walaupun dia menonton rancangan kegemarannya tetapi secara tidak langsung dia sebenarnya sedang belajar
9) Berikan mainan yang boleh menjana minda kreatif anak. Contohnya alat mainan memasak. Ajar anak guna alat yang betul untuk memasak di samping itu kita boleh kenalkan warna dan bentuk kepada anak
10) Sekiranya anak berminat dengan kerja-kerja orang dewasa biarkan dia cuba, tetapi kita hendaklah memantau kerja yang ingin dilakukan. Contohnya menyapu sampah. Biarkan dia menyampu sampah (walaupun sebenarnya lagi menyepahkan rumah). Ajar dia sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah dan disamping itu kita bole ajar dia mengeja atau mengenal huruf dengan P untuk Penyapu dan S untuk Sampah
He...he..he.. ni lah serba skit tips yang korang bole cuba dengan anak. After that korang bole tahu progression anak tu sendiri
No comments:
Post a Comment