" Bang..harga sekilo cili merah ni berapa?" I tanya pada tokei sambil membelek-belek cili merah
" Tak mahal dik, cuma RM 15 je sekilo" Mak...aiii mahal giler, nak terlompat plak dengar
" Bang sawi ni plak berape sekilo?" I tanya lagi dengan harapan kali ni I tak melompat
" Murah skit la...cuma RM8 je" I terus melompat tinggi sebaik dengar jawapan tokei
" Apa mahal sangat ni bang, dulu baru berape hengget je" I cuba nak tawar harga
" Itu tahun bila Cik Kak...Kalu mahal tanam sendiri la" Jawab tokei dengan muka selamba nyamuk
Teeeettttt....aku bertakafur jap. Aduiii mahal gile semua barang.Terpikir plak nak masak sambal nanti tak payah taruk Cili Merah la..tapi kalu tak letak Cili Merah bukan nama sambal la (kena cipta resepi baru sambal tanpa cili nih).
Nak buat konsep Edible Garden ni tak semestinya rumah tak de tanah korang tak bole buat. Gunakan polybag, bekas plastik, pasu dan kat mane2 yang korang rasa bole tanam and letak tanah dalam tuh... Tanaman yang simple-simple cam sawi, bendi, cili bole tanam guna konsep nih. Kalu dah terbanyak hasil bolelah kita jual kat jiran-jiran ataupun sedekah je... Jimat pun jimat...duit pun dapat...pahala pun tambah
Area depan rumah..apa-apa pun tanam je kat sini. Macam-macam ada...campur je semua sekali
Gambaran lebih dekat. Baja pun organik guna kompos je. Jimat giloss dan segar dari ladang...
Sekarang musim hujan jadi tak payah siram dah...Low maintenance, tanam pun main campak atau cucuk je kat mane-mane yang agak kosong...
Konsep Edible Garden ni memang senang kita nak praktikkan...no chemical and its good for our health.Ye la dah kita tanam sendiri tkkan kita nak letak racun banyak-banyak plak kan. Sayur pun segar dan menjimatkan.
Bila kita buat Edible Garden ni at least dapat jugak kita merehatkan minda dan baik untuk kesihatan. Daripada kita terpeleot je depan tv atau depan pc dapat gak kita bergerak-gerak skit keluarkan peluh. Elok untuk mata melihat warna hijau daun. Kita boleh lah ajak anak-anak join sekali sebagai aktiviti keluarga dan sebagai salah satu pembelajaran mereka.So apalagi...hijaukan rumah hijaukan mata dan hijaukan bumi...


















