Go For Nuffnang

Saturday, December 11, 2010

Uncle Peet Peet

"Peet!Peet!Peet!" I tengok jam kat dinding menunjukkan pukul 11.00 malam..Mmm rupa-rupanya dah nak masuk tengah malam pun Uncle ni masih mencari rezeki. Dia masih optimis walaupun dah dekat tengah malam jarang ada orang nak keluar beli roti ataupun makanan ringan yang Uncle ni jual. Salute la uncle ni...

Korang mesti tertanya-tanya siapalah Uncle Peet Peet yang I nak cerita nih. Kalu korang nak tahu Uncle Peet Peet ni adalah Uncle Bai yang jual roti dan makanan ringan pakai motosikal. Setiap hari dia akan bunyikan hon Peet Peet.

Sehari satu malam dekat 3 kali Uncle Peet Peet ni akan datang bunyi hon di kawasan rumah I. Korang bayangkanlah dia tak putus asa setiap hari. Kalau hujan renyai pun dia masih datang membunyikan hon. Kekadang I terpikir berapalah hasilnya sehari sebab kalu margin sebuku roti dan makanan ringan cam twisties tu berapalah sangat dia bole kumpul..

I puji gila la dengan kecekalan dan ketabahan Uncle nih. Bukan calang-calang orang bole jadi cm dia yang bawak motosikal yang sarat dengan roti dan makanan ringan yang lain. Dah bertahun-tahun dia terus je berusaha dan putus asa...Hidupla Uncle Peet Peet

Saturday, December 4, 2010

Cucur Udang 80 Sen


Sana sini orang memperkatakan mengenai harga minyak kereta...Bermula 4 Dis 2010 harga minyak naik lagi 5 sen. Macam I tak berapa kisah sgt sebab cuma naik 5 sen tapi yang tak tahan tu, bila minyak naik barang-barang lain pun akan start naik..Nilai wang pun jadik kecik je. Sekarang kalu bawak duit RM50 atau RM100 dapat skit je barang...

"Bagi saya cucur udang ni 8 ye..." I menunjukkan kuih sambil menunjukkan 5 jari...(he he cam bahasa isyarat plak)

"Lagi kak..?"Tanya peniaga tu tangannya sibuk membungkus

"Itu aje. Cukupla 8, ha..kira berapa ringgit"jawab I tapi mata dan tangan masih meneropong kuih-kuih yang lain

"Semua sekali RM6.40 je kak" Jawab peniaga tu sambil menghulurkan beg plastik yang berisi kuih tu

"Mahalnya...tkkan satu cucur ni 80 sen kot?" Naik terkejut monkey I mendengarnya

"Biasala kak harga semua naik" I malas nak membalas jawapan budak tu, I bayar duit dan terus blah. Benda makan ni I tak rajin sangat nak bertelagah walaupun dalam hati tu rasa tak puas, mmm tak pelah...

Hujan masih turun renyai-renyai...perut lapar ni best gak makan cucur yang baru I beli tadi. Baru layan sambil minum teh dengan asap nipis yang mengeluarkan aromanya

Yummm...yumm..Aduyaiii...tk la sedap mana pun cucur ni. Saiz pn tk besar mana...sos cili untuk pencicah pun rasa lagi out.Rasa memang tak boleh blah.Memang tak berbaloi dengan harga yang dia jual..grrrrrrrrrrrr. Peniaga ni pun agak-agakla nak jual mahal pun. Memang giler nak cepat kaya la nih...Minyak naik sikit je tapi barang lain naik x ingat dunia..





Monday, November 29, 2010

Edible Garden-Hijaukan Rumah..Hijaukan Mata..Hijaukan Bumi

Korang tahu tak " EDIBLE GARDEN " tu ape? ha...tak tahu la tuh....Benda ni lebih kurang kita tanam sayur dan herba di kawasan rumah untuk dijadikan sumber makanan. Selain dari boleh mengurangkan perbelanjaan boleh gak kita tambah pendapatan

Konsep Edible Garden ni sesuai untuk time sekarang yang semuanya dah naik harga...

" Bang..harga sekilo cili merah ni berapa?" I tanya pada tokei sambil membelek-belek cili merah

" Tak mahal dik, cuma RM 15 je sekilo" Mak...aiii mahal giler, nak terlompat plak dengar

" Bang sawi ni plak berape sekilo?" I tanya lagi dengan harapan kali ni I tak melompat

" Murah skit la...cuma RM8 je" I terus melompat tinggi sebaik dengar jawapan tokei

" Apa mahal sangat ni bang, dulu baru berape hengget je" I cuba nak tawar harga

" Itu tahun bila Cik Kak...Kalu mahal tanam sendiri la" Jawab tokei dengan muka selamba nyamuk

Teeeettttt....aku bertakafur jap. Aduiii mahal gile semua barang.Terpikir plak nak masak sambal nanti tak payah taruk Cili Merah la..tapi kalu tak letak Cili Merah bukan nama sambal la (kena cipta resepi baru sambal tanpa cili nih).

Nak buat konsep Edible Garden ni tak semestinya rumah tak de tanah korang tak bole buat. Gunakan polybag, bekas plastik, pasu dan kat mane2 yang korang rasa bole tanam and letak tanah dalam tuh... Tanaman yang simple-simple cam sawi, bendi, cili bole tanam guna konsep nih. Kalu dah terbanyak hasil bolelah kita jual kat jiran-jiran ataupun sedekah je... Jimat pun jimat...duit pun dapat...pahala pun tambah

Area depan rumah..apa-apa pun tanam je kat sini. Macam-macam ada...campur je semua sekali

Gambaran lebih dekat. Baja pun organik guna kompos je. Jimat giloss dan segar dari ladang...


Sekarang musim hujan jadi tak payah siram dah...Low maintenance, tanam pun main campak atau cucuk je kat mane-mane yang agak kosong...

Konsep Edible Garden ni memang senang kita nak praktikkan...no chemical and its good for our health.Ye la dah kita tanam sendiri tkkan kita nak letak racun banyak-banyak plak kan. Sayur pun segar dan menjimatkan.

Bila kita buat Edible Garden ni at least dapat jugak kita merehatkan minda dan baik untuk kesihatan. Daripada kita terpeleot je depan tv atau depan pc dapat gak kita bergerak-gerak skit keluarkan peluh. Elok untuk mata melihat warna hijau daun. Kita boleh lah ajak anak-anak join sekali sebagai aktiviti keluarga dan sebagai salah satu pembelajaran mereka.So apalagi...hijaukan rumah hijaukan mata dan hijaukan bumi...

Saturday, November 27, 2010

Ladybird Backpack Harness


Keep ur child close and safe while u shopping, travelling and walking

Adjustable and removable straps

Zipper backpack

(only 2 units left)

RM 20 not include delivery charges

Thursday, November 25, 2010

Berusahalah Jangan Terus Makan Anggur

Baru-baru ni boss I suruh buat recruitment staff baru... Tengok dalam statement yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, kira-kira 400,000 rakyat tempatan menganggur. Selain itu, dianggarkan 2 juta warga asing datang secara sah untuk bekerja dan berape juta lagi yang tak sah datang ke sini tak tahu la plak....

Banyak juga resume yang I terima, buat selection dan I panggil dorang untuk interview session. macam-macam hal gak pening kepala nak pilih. Result power tapi masa interview fail plak.

Semua yang I panggil tu memang tgh mengganggur dan I tak panggil interview untuk yang dah bekerja tapi plan nak tuko keje. Candidate yang menganggur ni mostly tunggu nak keje makan gaji je tak de sorang pun yang I tanya sementara tggu nak dapat keje betul dorang buat keje sambilan kat mana-mana untuk tampung hidup. Ada yang sorang ni dulu pernah keje di MAS, duduk kat Bukit Antarabangsa n nak kena sara anak dan bini. Dulu dah biasa hidup mewah tapi sekarang dia kata hidup dia dah melarat, xde keje. Ada plak sorang ni dulu keje gomen dah kawen and ada anak bini tapi terlibat dengan politik dia diberhentikan. I amik dia bekerja tapi bukan bahagian admin tapi more on crew work. Ada la datang 2-3 kali. Gaji bagi bukan cikai tapi tengok2 terus tak datang atas alasan tk sesuai dengan jiwa dia.

Boss pernah bgtau kerja-kerja crew ni kita bagi kt warga asing je pasal dia kata orang local kita asyik tak berdisiplin, ikut suka hati nak datang kerja ke tidak. Lepas tu asyik mintak advance je keje malas. I buat diam je pasal tetap gak nak carik local people (walaupun sampai sekarang masih tk jumpa pun yang betul2 serius nak bekerja). Sekarang pun kerajaan dah galakkan bebudak kita ambik kemahiran tapi yang I heran tu dorang tetap tk nak apply.

Dulu I pernah dealing dengan sorang Makcik ni pasal nak mengurut badan yang lenguh-lenguh ni. Pakaian ala-ala comot gitu. Pikir I dalam hati mungkin dia orang susah. Dia ni pun ada orang recommendkan urut dia bole tahan.Tengok cam dia bukan orang sini. Tapi style cakap cam orang Malaysia cuma tak berbaku je...

" Makcik bukannya orang senang, bukannya ada duit sangat pun" sembang Mak cik tu sambil tangannya membuka zip beg pinggangnya ingin mencari sesuatu.

Mata I masa tu dengan tajamnya menjeling ke arah dalam beg. Mak aiiii...terkozutt den. Banyaknya duit...bergulung-gulung duit RM 100 dan RM 50 dalam beg tuh. I pun apalagi teringin gak nak mengorek lebih lanjut pasal mak cik nih, tengok selekeh je tapi duit dia penuh melompat-lompat nak keluar.

" Mak cik ada buat business kat mane-mane ke selain amik upah mengurut? Macam pernah tengok je..." I cuba memancing

" Owhh Mak cik berniaga sayur kt Pasar Borong Selayang tu". Jawab mak cik tu lebih kurang.

Sembang punya sembang terpecah citer yang mak cik memang sah orang Indon...Sah ke tak sah berniaga dia tetap berniaga gak kt Pasar Borong tuh. Ye laa...duit masyuk walaupun keje kat pasar cam busuk dan tak bergaya. Betul la..tkkan la Mak cik tu nak jual sayur pakai kasut Jimmy Choo sambil pakai beg LV kot...

I nak citer kat sini bukan pasal dia orang Indon tapi pasal kerajinan dia carik duit sampingan. Dia balik dari pasar dia standby plak meniaga goreng pisang kt tepi jalan. Nak petang skit kang dia amik upah tlg orang kat pasar malam. Duit dia mengalahkan kita yang makan gaji ni....

So, dah kita tahu ekonomi sekarang pun tengah tak berape ok dengan kos sara hidup yang makin tinggi...berusahalah cari duit lebih..Jangan nak tggu kerja tapi biar kerja tggu kita. Sementara tk dpt rezeki di mana-mana berusahlah cari kerja sampingan asalkan ia HALAL

Monday, November 22, 2010

PadaMu KuBersujud





Ku Menatap Dalam Kelam
Tiada yang Bisa Kulihat
Selain Hanya NamaMu Ya ALLAH

Esok Ataukah Nanti
Ampuni Semua Salahku
Lindungi Aku Dari Segala Fitnah

Kau Tempatku Meminta
Kau Beriku Bahagia
Jadikan Aku Selamanya
HambaMu Yang Selalu Bertaqwa

Ampuni Aku Ya ALLAH
Yang Sering MelupakanMu
Saat Kau Limpahkan KurniaMu
Dalam Sunyi Kubersujud
PadaMu



Disaat kita mengecap bahagia, kekayaan, kegemilangan dan sebagainya kita jangan lupa semuanya itu hanya sementara. Sekejap saja semuanya boleh lenyap...


Situasi I

Teringat plak masa bujang dulu I pernah join volunteer group untuk Bencana Tsunami kt Kuala Muda Kedah. Ya Allah, tgk kereta abis terbalik dengan rumah yang ranap tinggal tapak je. Masa tu orang yang kaya hidup pun sama rata dengan yang miskin. Segalanya telah ditarik semula. Air hitam dan baunya busuk menyusuk hidung. Kesan dari air yang naik masa tu kita boleh nmpak sehingga tinggi hujung pokok kelapa. Salah seorang mangsa bencana beritahu air tu naik sebanyak tiga kali. mungkin sebagai amaran terlebih dulu, hanya Allah yang tahu.Kali ketiga adalah yang paling teruk dan dahsyat. Air tu naik umpama lembaga hitam yang menuju ke rumah mangsa. Alhamdulillah, walaupun pun panik mangsa masih mengingati Allah lalu dia terus melaungkan azan. Air seumpama ombak besar tu terus menyerong ke tepi tidak mengenai rumah mangsa cuma terkesan sedikit sahaja pada bahagian dapur. Insaf sangat bila tengok apa yang terjadi kat sana. Kita perlu beringat kalu kita pikir kita susah orang lain lagi susah dan bila kita berada di atas selalu-selalulah pandang ke bawah

Situasi II



I mempunyai kenalan yang dulunya pernah susah dan jatuh dari perniagaannya. Tapi beberapa tahun selepas tuh dia kembali naik semula dengan aset yang hampir mencecah jutaan ringgit. Tidak tahu apa punca kejatuhannya, cuma yang pasti dari dulu sikapnya suka marah dan maki orang sesuka hati tanpa menyiasat betul-betul. Tidak kira kawan baik atau sedara, mulutnya seperti tidak boleh dikawal. Walaupun dia pernah jatuh tapi kawan dan sedara masih mendampingi walaupun ikut hati dan teringat apa yang dia buat memang makan dalam sampai bila-bila. Bila lihat dia susah I dan yang lain tak sampai hati nak membiarkan dia begitu tanpa memberi pertolongan dan sokongan. Lagipun kitaorang harapkan agar dia berubah dan insaf. Beberapa tahun ini, dia mula berjaya semula tapi apa yang I dapat lihat perangai lamanya telah kembali. Pernah sekali I menegurnya " Sudahlah tu tak baik maki-maki atau marah staff u depan I. Lagipun budak tu bukan salah apapun, U tak takut ke disebabkan mulut U ni nanti boleh membinasakan diri tu balik" Dengan angkuh dia boleh menjawab" I tak heran dan takut dengan sesiapapun" . Tidak lama selepas tu dia berhentikan staff tersebut 24 jam ikut sesuka hatinya dan tahan gaji pekerjanya. Dia rasa dia boleh buat apa saja sebab dia ada duit. Bukan sorang dua pekerja yang lari tapi hampir semuanya cabut di atas sikapnya itu. Kekadang ikut suka hati dia nak bagi gaji atau tidak. Tapi Allah itu Maha Kuasa, sekarang perniagaannya semakin hari semakin perlahan hanya menunggu masa untuk bungkus. Sedara dan kawan-kawan pun semua dah tak layan atau ambil tahu lagi bila mengenangkan perangai yang masih tidak berubah dan suka aniayai orang. I pun pernah dianiaya disebabkan dia tapi I cuba bersabar dan berdoa semoga I dapat bangun kembali dari apa yang telah dilakukan. Alhamdulillah, sekarang I bahagia dan bersyukur dengan apa yang ada. So, kita amik teladan apa yang ada di dunia ni hanya sementara. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali jika kita tidak beringat dan suka aniaya orang lain

Situasi III


Dah 3 bulan berlalu, I masih teringat lagi masa di bilik bersalin. Masa tu keadaan agak kelam kabut bila jantung baby di dalam perut I semakin lemah dan perlahan. Doktor dan yang lain berusaha membuat berbagai cara untuk mengeluarkan baby. I memang tidak berdaya masa tu dengan keadaan sakit untuk bersalin dan jantung baby yang semakin perlahan. Cuma yang mampu hanya mengingati Allah dan mengucapnya di mulut. Dalam hati cuma mampu berkata mungkin Allah mahu meminjamkan untuk hambaNya ini untuk sementara. Hati memanglah sedih bila mengenangkan selama 9 bulan I mengandung. Masa tu tidak mampu menangis bila terdengar bunyi jantung yang terlalu lemah dan hampir tidak kedengaran. Allah itu Maha Mendengar...tidak lama selepas itu tiba-tiba bunyi jantung berdegup kencang dan normal seperti tidak berlaku apa-apa. Beberapa kali push terdengarlah "Ukweee Uweekkk Uweekk" bunyi bayi menangis, keluarlah Syafiq Maamar ke dunia. Alhamdulillah, setelah dibuat pemeriksaan dengan teliti oleh doktor pakar baby Syafiq sihat dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi. Aku bersyukur padaMu Ya Allah...

Wednesday, November 10, 2010

Clearance Stock-Rompers Timberland




Rompers ni nak buat Clearance je pasal hari tu beli banyak ( ha..ha..ha..tu la tamak). Sekarang ni pun musim panas, jadi sesuai sangatlah kalu nak belikan for ur baby. Kain dia 100% cotton n mmg comfort la bila pakai. Clearance ni u all akan dapat free gift lagi tapi delivery cost kena bayar la...Gambar tak bole nk upload banyak2 plak..If interested just do ctc me...


(Semua romper ni dah sold out)

Hoola...Warehouse Sales Again!


13 to 14 November 2010

Pureen Stock Clearance Promotion

Products Offered

Baby Diapers

Baby Apparels

Baby Toiletries Baby Accessories

INCO Adult Diapers

Adult Toiletries

Sanitary Pads

Maternity Pads

Brands Offered Pureen Pride ‘N’ Joy

Pureen Basic

Tracia Toiletries

Dr Mist

Time: 10am - 6pm

Terms VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150

Location (Tel 603 7628 8888) Summit Company (M) Sdn Bhd

Lot 6 Jalan 19/1

46300 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

www.pureen.com.my

Haaaa...Sabtu ni ade warehouse sale untuk barang-barang baby from Pureen. Dah banyak kali pegi tapi tahun ni tak pergi kot. Banyak sangat dah beli barang baby. So sape2 yang tengah cari barang baby tu bole la terjah..Barang-barang dia okla quite berbaloii. Tapi korang nak g sane jangan lupa datang awal skit untuk pastikan dapat beli barang2 yang best n seang dapat parking dekat. Kalu lambat g, parking jauh, barang pun tinggal yang balances je then nak beratur pun panjang...Happy Shopping!!!

Monday, November 8, 2010

Marsya and her Pre School Books




"Mama ni ape?"
"Meja"

"Mama ni ape?"
"Layang-layang"

"Mama ni ape?"
"Kambing"

"Mama ni ape?"
"Katak"

"Mama ni ape?"
"Lembu"

Ikutkan hati malas nak layan pertanyaan Marsya, tapi I layan jugak sebab itulah cara dia belajar sebenarnya. Walaupun umurnya masih kecil lagi tapi I dah start dengan buku-buku Pre school. Alhamdulillah, banyak yang dia bole buat. Cara I mengajar dia tak pernah paksa atau beri tekanan pada dia. Memang sejak dari baby lagi I dah perkenalkan dengan buku-buku yang ada warna-warni sambil tu bercakap dengan dia gambar tu gambar apa. Lagipun my hubby and I pun suka membaca. Bila dia tengok dia pun sibuk sekali nak membaca. Sekarang ni I kena peruntukkan part of my salary untuk buku dia. Kalu I tak belikan siap dia tanya lagi mana buku dia.

Penat jugak kekadang balik keje dia sepahkan buku-buku dan alat tulis. Tapi I ajar dia kalu nak nenen mesti kemaskan balik. Selagi tak kemas selagi tu tk boleh nenen. Sian jugak pada dia tapi disiplin tu kena praktikkan dari sekarang

Tips

1) Dedahkan anak dari awal lagi dengan memberikan Kamus Bergambar. Anak akan tertarik dan akan mempunyai minat untuk mengetahui gambar-gambar tersebut

2) Beli atau buat sendiri carta mengenai nombor atau ABC yang boleh ditampal di dinding. Ikut pada kreatif masing-masing la nak lukis gambar dan warnakan. Sentiasa tampal abjad atau nombor lain di dinding untuk mengelakkan anak bosan dan rasa seronok untuk mengetahui gambar atau abjad yang akan wujud di dinding.



3) Jangan paksa anak sekiranya dia tidak berminat. Biarkan dia belajar dengan caranya sendiri. Ini untuk mengelakkan dia dari tertekan dan jadi tidak minat belajar

4) Sentiasa beri galakan sekiranya anak menjawab dengan betul. Kita bole sediakan stiker corak yang boleh dibeli mengikut karakter yang anak sukai, contohnya Mickey, Thomas, Donald, Ultraman etc. dan kita lekatkan stiker tersebut di carta anugerah. Anak anda akan berasa seronok dan dihargai

5) Ajar anak mengenai Sains dengan cara dan kaedah yang murah. Contohnya ajak anak menanam pokok bawang dan bagitau bagaimana bawang tumbuh dan apa yang ia perlukan untuk hidup

6) Berikan anak sekeping kertas atau apa-apa saja untuk dia berkreatif. Anak tersebut akan meluahkan apa difikirannya melalui apa yang dia conteng di kertas




7) Kita kena menjadi "role model" kepada anak dengan selalu membaca apa-apa saja bahan bacaan dengannya

8) Dedahkan anak kepada tontonan berbentuk pelajaran seperti Bunnytown, Upin Ipin, Postman Pat etc. Walaupun dia menonton rancangan kegemarannya tetapi secara tidak langsung dia sebenarnya sedang belajar

9) Berikan mainan yang boleh menjana minda kreatif anak. Contohnya alat mainan memasak. Ajar anak guna alat yang betul untuk memasak di samping itu kita boleh kenalkan warna dan bentuk kepada anak

10) Sekiranya anak berminat dengan kerja-kerja orang dewasa biarkan dia cuba, tetapi kita hendaklah memantau kerja yang ingin dilakukan. Contohnya menyapu sampah. Biarkan dia menyampu sampah (walaupun sebenarnya lagi menyepahkan rumah). Ajar dia sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah dan disamping itu kita bole ajar dia mengeja atau mengenal huruf dengan P untuk Penyapu dan S untuk Sampah


He...he..he.. ni lah serba skit tips yang korang bole cuba dengan anak. After that korang bole tahu progression anak tu sendiri

Thursday, November 4, 2010

MummyCo's Story 1-Masa nak g cucuk Syafiq


Mmmm dah lambat sampai...Appointment sepatutnya pukul 10 pagi tapi sampai pukul 10.13 pagi. Biasala hubby ku pandai bersolek gak. Nasib orang tak ramai. Takpe la g ambil nombor dulu..

5 mins Later...Syafiq dah mengeliat-geliat..Ha dah paham la tuh, dia nak nenen. Kelam-kabut la pegi Nursing Room. Nenen dalam 10 minit, tengok-tengok Syafiq dah lelap..Tak pela duduk la jap dalam dalam nursing room nih, malas nk tggu kt luar. Rimas plak rasa.

Tak lama tu masukla sorang ibu muda, pretty n look very young dukung baby dia sambil senyum...He he he macam tk percaya anak dia ke nih..

"Dalam nih bole tak saya nak ganti diaper anak, sebab takkan nak ganti kat toilet. Kotorla" tegur ibu muda tu.

" Boleh kot" jawab I sebab tak berapa pasti. Sambil tu mata jeling-jeling tengok dia ganti diaper. Baby dia nampak macam lemah. Stool bb dia pun semacam je. Warna hijau gitu.

"Baby tak sihat ke?"I tanya cam ala-ala penyiasat CSI
"Ha..ah tak sihat, asyik cirit-cirit je"

"Baby umur berape? Ada bagi makan apa-apa ke selain susu badan?"

"4 bulan...dah start bagi makan masa umo 3 bulan. Risau tengok dia cirit-cirit, saya bancuh teh pekat-pekat campur garam skit bagi dia minum"

"Adik ni umo berape ye?"I tanya lagi sambil cuba menahan mata nak terbelalak keluar (terkejut sebenarnya)

"17" Jawab perempuan tu ringkas

"Adik...umo 4 bulan tak boleh bagi dia minum bukan-bukan. Sepatutnya bagi susu badan je. Start umo 6 bulan u can introduce her with solid food. Lagipun sistem badan dia tak betul-betul matang lagi nak bagi macam-macam" I tegur dia secara baik bukan cam ala-ala pompuan sihir.

"Camner ye kak susu badan dah tak berapa ada sebab saya dah malas nak bagi. Yela saya keje susahlah..."Ibu muda tu tanya sambil menyapu bedak di kemaluan baby.

"Cuba makan daun kucai ataupun buah kurma...Lepas tu kena la rajin stimulate" I jawab serba ringkas.

"Mmm...adik kalu bole tak payah sapu apa-apa pun kat kemaluan baby...nnti bole menyebabkan kanser"I menambah lagi.

Ibu muda tu terus tersentap tanpa berkata apa-apa. Tak lama tu dia pun keluar dari situ. Agaknya tak tahan I berceloteh kat dia. Tujuan I bukan la nak sangat busy body tapi nak share apa yang I tahu, ye la dia ibu muda umo baru 17...mungkin banyak benda yang dia tak tahu. I yang dah tua ni pun banyak lagi ilmu yang tak tahu...he..he..he..

Wednesday, November 3, 2010

Cool Gadjet N Toys

Tis one KITCHEN SET Marsya...dia selalu masak untuk I satu family..Baby Syafiq pun kena paksa makan...Ayah dia pun kena paksa duduk sama-sama makan masakan kegemarannya YUM YUM...he he sabo jela..Kalu tak makan sama-sama siap kena marah lagi

My Loose Powder- Rona



Semalam off pasal demam and bawak Syafiq pergi cucuk. Kelam-kabut siap pasal appointment kul 10 am...Tengah pakai bedak Ronasutra tu..rasa cam ada je orang memerhati. He He He...rupanya Marsya Assyifa rasa teruja melihat I cantik lepas sapu bedak tuh...Dia pun cam berminat and datang dekat (nk kenen mintak skit la tuh). Ha ha ha...dia cam tak puashati dia nak bedak tu untuk disapukan kat muka dia and kt muka teddy bear. Wa...cam nak meraung rasanya..dah la bedak tu agak mahal. Sempat dia bawak lari lagi nak bawak pegi ke Alwani Playschool...Mesti dia nak pakai masa main pondok-pondok dengan kengkawan dia...


Ha...kalu u all pun teringin gak nak cantik mcm I, Marsya and her teddy bear jangan lupa order dengan MummyCo...Rege promo cuma RM40 dan akan dapat free gift lagi..

Beli banyak2 pun tak pe nanti bolelah buat hubby or bf ataupun mak mertua jeling kita banyak kali...

Tuesday, November 2, 2010

Promo for Beauty & Health Patches


Last night, my hubby have tried his Detox Foot Patch...perghhh banyaknya toksin. Then, dia rasa ada perubahan skit la lepas pakai. I plak cuma pakai Aqua Eye Patch...Biasala bila selalu duduk bilik air cond nih, banyak giler wrinkles (ha ha ha cam tak boleh terima alasan sebenornya dah tua). Lagi satu my eye bag...belebam je mata cam kene tumbuk dek hubby. Syafiq and Marsya still nursing...jd sentiasalah terganggu tidurku ini....using Magic Make Up pun boleh nampak I cam tk bermaya..


Gambar yang atas tu, Aqua Eye Patch yang I pakai...rasa best je lepas tuh....gambar yang lagi satu toksin-toksin yang dah kuar dari kaki.

So, kalu ada yang nak order bole la kasik rege best punya...

a) Detox Foot Patch- RM1.50
b) Slim Patch- RM1.50
c) Aqua Eye Patch- RM2.50


* nak tambah skit kalu yang foot patch tu ade bnyk jenis Silver, Gold, Lavender, Rose, Ginger.

*Rege boleh kurang lagi dari yang atas tu sebab ada rege kengkawan, rege sedara, rege adik-beradik and rege beli banyak2.

*Kat blog nih tak dapat nk hapdet banyak2. kalu betul2 nak kita boleh emel or ym je lg senang.

My Lil Prince



Ramai yang tanya bila la nk upload gambar Syafiq...tp I buat tak dengar je. Bukan nak menghampakan orang tapi cam tak tergerak lagi hati nak upload. So, sekarang baru rasa tergerak hati nak upload. Gambar ni masa I amik dia lepas keje. Kekadang kesian gak setiap Maghrib baru I sampai rumah. Aktiviti dia suka hisap jari kiri sambil tengok tv. Alhamdulillah, anak yang senang dijaga dan tk banyak kerenah...Kegemaran dia lagi satu suka bersembang dengan ayah dia..Ayah dia pun tak paham bahasa baby tapi layan je la anak bujang sorang nih

Thursday, October 28, 2010

Petua Menggunakan Susu Ibu



Mungkin ramai yang tahu atau tidak tahu kebaikan susu ibu..Selalunya yang kita tahu hanya untuk bagi sistem badan bayi kuat dan tidak mudah diserang penyakit...Di sini I turunkan petua yang telah I praktikkan (betul ke perkataan nih) kepada Syafiq and Marsya...He he tak tahu okies ke tidak kt anak korang

1) Bulu Mata Cantik
Masa baby lg I mmg sapu sikit air susu kt bulu mata anak. Mmg nmpk perubahan jika nk dibandingkan dgn Mama dia yang tk berapa nk ada nih..ha ha ha

2) Puting Luka
Biasala masa mula-mula jadi ibu, mmg tk berapa reti cara nk nenenkan baby..Abis la melecet puting ku itu. Memang rasa nk menangis. Bila tk bagi dia direct feeding, jadi I pump...air susu tu dh campur dgn darah skit. Jadi I sapukan skit air susu kt puting, alhamdulillah esoknya dah elok. Mmgla ada beli BEPANTHEN...ubat nih kalu sapu kt puting dan tk basuh pn tk pe.Tp tk rasa confident plak

3) Sakit Mata
Sakit mata ni tk kira la mata anak penuh dengan tahi mata ke or bernanah ke..cuba sapukan air susu kat mata.Insya'allah sekejap je dh okies. Bukan mata anak je..kalu korang or hubby sakit mata pun boleh kita sapukan skit...he he he kalu sanggupla

4) Mandi Susu
He he he ...mesti ramai yang rasa membazir buat mandian susu baby. Actually, I gunakan untuk mandian baby bila pernah my stock susu yang I rasa tak confident untuk bagi kt baby. Nak buang sayang..rasa nk menangis plak rasanya kalu buang. So, I buat mandi susu for my daughter. Marsya ni eczema...jadi kulit dia kering. Apalagi buat jadi mandian la. He he he memang tak membazir, kulit Marsya pun lembut and tak kasar...

5) Kerak Kepala
Normally, baby baru lahir kepalanya akan berkerak. Susu badan yang tidak boleh digunakan lagi jangan dibuang begitu saja....apa yang u all boleh buat, biarkan susu tu semalaman tanpa disimpan di dalam peti sejuk. Masa nk basuh kepala baby tu, kita gunakan lemak susu dan urut kepala dia. Biarkan sekejap lepas tu boleh guna syampu...Hasilnya memuaskan..

Wednesday, October 27, 2010

Comeback


Hu Hu Hu dah lama tak tulis apa-apa dalam blog. Macam blurr je sejak dah kawen dan anak pun dah dua. Life pun lebih kepada family je. Takde dah macam dulu bole hang out kt Mont Kiara dan tengok wayang dengan kawan2. Aktiviti pegi shopping pun dah banyak dikurangkan...kalu shopping pun lebih kepada barang Marsya and Syafiq. So tis new blog as my comeback..hooo laa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...